Kecewa Bila Gagal Menjana Pendapatan Di Internet

Ada diantara kita yang kecewa apabila mereka gagal meraih pendapatan yang di harap
sedangkan duit banyak dilaburkan telah lesap begitu sahaja.Inilah fenomena menjalankan
perniagaan secara online di internet.Bagi yang bijak menangani masalah-masalah yang dihadapi semakin tinggi pendapatan yang mereka porelehi.Ilmu dan pengalaman adalah pengukur sesuatu kejayaan.Ada yang mudah ditipu oleh program-program yang menjanjikan seseorang itu menjadi jutawan dalm sekelip mata sahaja..JANGAN ANDA PERCAYA!!!

Bagi pendatang baru (newbie) wajib menimba ilmu supaya anda tidak mudah diperdaya oleh sesetengah pihak yang cuba untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Produk Terhangat Di Pasaran

11 Tips Memilih Hosting Berbayar

Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat salah-satu daripada pelaburan anda yang terbesar dalam memulakan dan membina perniagaan internet anda iaitu membeli domain dan akaun hosting sendiri, terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil kira.

Berikut saya kongsikan bersama anda 11 tips yang boleh anda ikuti sebelum anda membeli akauan hosting persendirian anda :-

Tips 1 : Pastikan tempoh ‘downtime’ yang minima

Tidak kira apa yang anda pilih untuk sebuah penyedia web hosting, jumlah ‘downtime vs. uptime’ adalah perkara yang paling penting sekali perlu diambil kira. Secara asasnya, anda perlu memilih perkhidmatan web hosting yang menyediakan ‘uptime’ yang maksimum. Ini bermakna website anda sentiasa tersedia untuk paparan pengunjung bila-bila masa mereka mahu berkunjung ke website anda.

Ada seketika syarikat penyedia web hosting anda perlu menjalankan aktiviti baik-pulih atau penyelenggaraan. Dalam tempoh tersebut mereka akan tutup buat seketika perkhdimatan hosting anda. Inilah yang dinamakan waktu ‘downtime’

Selain itu ada kalanya juga pihak server syarikat hosting anda akan menghadapi masalah server down. Pastikan syarikat anda pada ketika itu sentiasa berhubung dan memberi update terkini kepada anda.

Satu lagi tips berkaitan perkara ini ialah, jika terdapat mana-mana syarikat penyedia hosting yang menjanjikan 100% ‘uptime’, AWAS! Mungkin juga mereka memberi hanya janji-janji manis. Perkara ini (100% uptime) agak mustahil untuk berlaku. Seperti yang saya sebutkan tadi, ada kalanya hosting provider anda akan mengalami juga tempoh ‘downtime’ ini.

Tips 2 : Jumlah ruangan penyimpanan (disk space storage) yang mencukupi

Website biasa memerlukan ruang sebanyak 200MB-300MB dan ini biasanya cukup untuk menampung format asas seperti sebuah ministe. Tetapi jika untuk laman blog, mungkin anda memerlukan ruangan penyimapanan yang lebih. Macam saya sendiri, laman blog saya ni, saya membeli pakej yang mempunyai ‘disk space’ sebanyak 1500MB. Bagaimanapun, jika anda perlukan lebih bandwidth dan ruang web, anda mungkin perlukan lebih ruang hosting. Foto dan video klip biasanya memerlukan ruang yang lebih besar, begitu juga dengan ‘interactive features’.

Tips 3 : Jumlah Add-on Domain / sub domain yang memenuhi kehendak anda

Satu lagi faktor penting semasa memilih web hosting ialah berapakah jumlah domain dibenarkan untuk anda miliki. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual panduan resepi masakan, maka domain pilihan anda yang boleh anda pilih adalah masakanmelayu.com dan resepimelayu.com, pertama sekali anda perlu memastikan penyedia hosting membenarkan anda memiliki lebih dari satu nama domain. Dengan memilikki lebih daripada satu nama domain ini, ia secara tidak langsung akan menambahkan bilangan visitors yang bakal melawat ke laman web anda.

Tips 4 : Boleh menggunakan perisian FTP

FTP atau ‘file transfer protocol’, adalah satu faktor lain yang perlu diambil kira apabila memilih web hosting. Fungsi FTP ialah memindahkan fail-fail dan maklumat melalui Internet dan membenarkan data tersebut dihantar kepada atau daripada server. Terdapat banyak versi software FTP server di Internet dan setiap satunya mempunyai kelebihan-kelebihan yang berbeza. Pastikan plan web hosting yang anda pilih akan berfungsi dengan software FTP yang anda guna.

Tips 5 : Mempunyai panel pengawalan cPanel atau Direct Admin

Sebagai seorang webmaster, adalah sangat penting untuk anda memiliki kawalan sepenuhnya ke atas pengoperasian website anda. cPanel atau Direct Admin merupakan dua panel pengawal yang biasa digunakan oleh pihak penyedia hosting namun Cpanel merupakan pilihan terbaik dan mesra pengguna berbanding Direct Admin. Kedua-dua program ini membenarkan pereka website untuk masuk dan melakukan perubahan dengan cepat dan mudah, pada masa yang sama dapat berhubung secara efektif dengan server web hosting yang anda pilih.

Sumber Dari : PerniagaanDigital.com

Cara Setup Domain(CO.CC) Percuma Untuk Adsense For Domain

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana setup domain percuma dari CO.CC untuk Adsense For Domain (AFD).Bagi anda yang mahu mulakan program Adsense For Domain boleh dapatkan domain percuma dari website CO.CC. Mungkin di antara kalangan anda sudah menjana pendapatan dari Adsense For Domain. Manakala bagi seorang newbie pula langkah-langkah di bawah mudah di ikuti..































































































Teknik Pantas Buka Akaun Adsense

Saya ingin berkongsi tips dengan anda cara paling cepat/pantas untuk membuka akaun google adsense..Bagi anda yang mana akaun google adsense telah di banned dan ingin membuka akaun google adsense yang baru dengan cepat..Di sini saya ingin berkongsi tips ini:

1) Clear cookies dan browsing history di dalam laptop anda.

2) Reset modem, untuk mendapat ip address yang baru.

( Jika IP address statik, lebih baik buat di Cyber Cafe)

3) Pastikan alamat yang ingin didaftarkan sudah disediakan, dan tidak pernah digunakan

untuk register akaun adsense.

4) Kemudian, register satu emel baru (yahoo/gmail)

5) Buka laman web ini hxxp://www.flixya.com. Sign Up sebagai new user.

6) Kemudian, apabila ditanya sudah mempunyai akaun google adsense atau belum, jawab NO

7) Teruskan register akaun flixya sampai habis.

8) Cek emel anda, dan verify kedua-dua emel, satu dari flixya, dan satu lagi dari google.

Anda akan terus dibawa untuk register akaun adsense yang baru. Isikan maklumat yang diperlukan.

Setelah selesai memohon akaun adsense, operasi seterusnya ialah mencantikkan laman web flixya anda. Ini kerana untuk memastikan laman web flixya itu nampak hidup, dan bukan dibuat semata-mata untuk memohon akaun adsense sahaja.

Flixya merupakan sebuah laman web sosial yang membolehkan kita berkongsi video, gambar, atau membuat blog secara percuma. Cara saya, saya akan update profile saya di flixya bagi menampakkan akaun ini benar-benar hidup. Selain itu, saya akan mencari 2-3 artikel dari ezinesarticles dan diposkan di blog flixya saya, dan memberikan sedikit komen tentang artikel tersebut.

Setelah selesai, saya hanya menunggu dalam 2-3 hari sebelum mendapat emel dari google mengatakan permohonan akaun adsense saya telah diluluskan.

Selamat mencuba!

p/s: saya memperolehi tips ini dari forum wangcyber yang forumer tersebut memperolehi tips
ini dari SnaKaZ DoT CoM.

Rahsia Cyber

Selamat Datang ke Rahsia Cyber

Terima kasih kepada anda yang sudi singgah ke blog saya ini yang tidak seberapa.Kewujudan blog Rahsia Cyber ini adalah untuk berkongsi informasi-informasi tentang dunia IT.
Rahsia Cyber akan menceritakan pengalaman-pengalaman saya dalam dunia IT yang tidak sampai setahun jagung pun.Tidak la sehebat otai-otai yang lain.
Buat masa sekarang saya hanya bergiat dalam bidang adsense google dan juga affliate..
Masih banyak lagi ilmu dan pengalaman yang perlu di timba..Bagi anda yang sudi berkongsi pengalaman anda dalam bidang IT boleh post kan artikel di email saya nie shahrulnaim24@gmail.com.

Ramai di antara kita yang masih tidak mengetahui bahawa dengan adanya blog tidak kira sama ada blog percuma atau blog berbayar boleh menjana pendapatan tambahan..Antara program-program yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti affliate,google adsense,nuffnang dan banyak lagi..Peringatan!!!
Jangan mudah terpedaya dengan program-program yang menjanjikan pulangan wang yang amat tinggi dalam masa yang singkat..Bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah.. Yang penting usaha yang bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan.Hanya masa yang menentukannya.

Bagi yang baru menceburi bidang IM gandakan usaha anda.Insyaallah anda akan memperolehi kejayaan yang mana yang telah dikecapi oleh otai-otai IM yang lain.