Teknik Pantas Buka Akaun Adsense

Saya ingin berkongsi tips dengan anda cara paling cepat/pantas untuk membuka akaun google adsense..Bagi anda yang mana akaun google adsense telah di banned dan ingin membuka akaun google adsense yang baru dengan cepat..Di sini saya ingin berkongsi tips ini:

1) Clear cookies dan browsing history di dalam laptop anda.

2) Reset modem, untuk mendapat ip address yang baru.

( Jika IP address statik, lebih baik buat di Cyber Cafe)

3) Pastikan alamat yang ingin didaftarkan sudah disediakan, dan tidak pernah digunakan

untuk register akaun adsense.

4) Kemudian, register satu emel baru (yahoo/gmail)

5) Buka laman web ini hxxp://www.flixya.com. Sign Up sebagai new user.

6) Kemudian, apabila ditanya sudah mempunyai akaun google adsense atau belum, jawab NO

7) Teruskan register akaun flixya sampai habis.

8) Cek emel anda, dan verify kedua-dua emel, satu dari flixya, dan satu lagi dari google.

Anda akan terus dibawa untuk register akaun adsense yang baru. Isikan maklumat yang diperlukan.

Setelah selesai memohon akaun adsense, operasi seterusnya ialah mencantikkan laman web flixya anda. Ini kerana untuk memastikan laman web flixya itu nampak hidup, dan bukan dibuat semata-mata untuk memohon akaun adsense sahaja.

Flixya merupakan sebuah laman web sosial yang membolehkan kita berkongsi video, gambar, atau membuat blog secara percuma. Cara saya, saya akan update profile saya di flixya bagi menampakkan akaun ini benar-benar hidup. Selain itu, saya akan mencari 2-3 artikel dari ezinesarticles dan diposkan di blog flixya saya, dan memberikan sedikit komen tentang artikel tersebut.

Setelah selesai, saya hanya menunggu dalam 2-3 hari sebelum mendapat emel dari google mengatakan permohonan akaun adsense saya telah diluluskan.

Selamat mencuba!

p/s: saya memperolehi tips ini dari forum wangcyber yang forumer tersebut memperolehi tips
ini dari SnaKaZ DoT CoM.

0 Responses