11 Tips Memilih Hosting Berbayar

Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat salah-satu daripada pelaburan anda yang terbesar dalam memulakan dan membina perniagaan internet anda iaitu membeli domain dan akaun hosting sendiri, terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil kira.

Berikut saya kongsikan bersama anda 11 tips yang boleh anda ikuti sebelum anda membeli akauan hosting persendirian anda :-

Tips 1 : Pastikan tempoh ‘downtime’ yang minima

Tidak kira apa yang anda pilih untuk sebuah penyedia web hosting, jumlah ‘downtime vs. uptime’ adalah perkara yang paling penting sekali perlu diambil kira. Secara asasnya, anda perlu memilih perkhidmatan web hosting yang menyediakan ‘uptime’ yang maksimum. Ini bermakna website anda sentiasa tersedia untuk paparan pengunjung bila-bila masa mereka mahu berkunjung ke website anda.

Ada seketika syarikat penyedia web hosting anda perlu menjalankan aktiviti baik-pulih atau penyelenggaraan. Dalam tempoh tersebut mereka akan tutup buat seketika perkhdimatan hosting anda. Inilah yang dinamakan waktu ‘downtime’

Selain itu ada kalanya juga pihak server syarikat hosting anda akan menghadapi masalah server down. Pastikan syarikat anda pada ketika itu sentiasa berhubung dan memberi update terkini kepada anda.

Satu lagi tips berkaitan perkara ini ialah, jika terdapat mana-mana syarikat penyedia hosting yang menjanjikan 100% ‘uptime’, AWAS! Mungkin juga mereka memberi hanya janji-janji manis. Perkara ini (100% uptime) agak mustahil untuk berlaku. Seperti yang saya sebutkan tadi, ada kalanya hosting provider anda akan mengalami juga tempoh ‘downtime’ ini.

Tips 2 : Jumlah ruangan penyimpanan (disk space storage) yang mencukupi

Website biasa memerlukan ruang sebanyak 200MB-300MB dan ini biasanya cukup untuk menampung format asas seperti sebuah ministe. Tetapi jika untuk laman blog, mungkin anda memerlukan ruangan penyimapanan yang lebih. Macam saya sendiri, laman blog saya ni, saya membeli pakej yang mempunyai ‘disk space’ sebanyak 1500MB. Bagaimanapun, jika anda perlukan lebih bandwidth dan ruang web, anda mungkin perlukan lebih ruang hosting. Foto dan video klip biasanya memerlukan ruang yang lebih besar, begitu juga dengan ‘interactive features’.

Tips 3 : Jumlah Add-on Domain / sub domain yang memenuhi kehendak anda

Satu lagi faktor penting semasa memilih web hosting ialah berapakah jumlah domain dibenarkan untuk anda miliki. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual panduan resepi masakan, maka domain pilihan anda yang boleh anda pilih adalah masakanmelayu.com dan resepimelayu.com, pertama sekali anda perlu memastikan penyedia hosting membenarkan anda memiliki lebih dari satu nama domain. Dengan memilikki lebih daripada satu nama domain ini, ia secara tidak langsung akan menambahkan bilangan visitors yang bakal melawat ke laman web anda.

Tips 4 : Boleh menggunakan perisian FTP

FTP atau ‘file transfer protocol’, adalah satu faktor lain yang perlu diambil kira apabila memilih web hosting. Fungsi FTP ialah memindahkan fail-fail dan maklumat melalui Internet dan membenarkan data tersebut dihantar kepada atau daripada server. Terdapat banyak versi software FTP server di Internet dan setiap satunya mempunyai kelebihan-kelebihan yang berbeza. Pastikan plan web hosting yang anda pilih akan berfungsi dengan software FTP yang anda guna.

Tips 5 : Mempunyai panel pengawalan cPanel atau Direct Admin

Sebagai seorang webmaster, adalah sangat penting untuk anda memiliki kawalan sepenuhnya ke atas pengoperasian website anda. cPanel atau Direct Admin merupakan dua panel pengawal yang biasa digunakan oleh pihak penyedia hosting namun Cpanel merupakan pilihan terbaik dan mesra pengguna berbanding Direct Admin. Kedua-dua program ini membenarkan pereka website untuk masuk dan melakukan perubahan dengan cepat dan mudah, pada masa yang sama dapat berhubung secara efektif dengan server web hosting yang anda pilih.

Sumber Dari : PerniagaanDigital.com

0 Responses